nuffnang

03 May 2011

Mari rosakkan straw

Assalamualaikum WBT,

Dalam sehari berapa kali kita akan minum dikedai menggunakan straw? Berapa banyak straw pula yang akan digunakan oleh pengusaha restoran @ kedai makanan / minuman dalam masa sehari? Berapa banyak kos mereka perlukan hanya untuk membeli straw? Bagaimana caranya mereka mengurangkan kos pembelian straw?

Soalan cara mengurangkan kos ni yang saya berminat nak huraikan. Salah satu cara yang paling efektif dalam usaha menjimatkan kos walaupun sedikit adalah dengan menggunakan semula straw yang telah dipakai oleh pelanggan. Ya, itulah hakikatnya. Straw yang kita gunakan rupa-rupanya telah digunakan oleh pelanggan lain juga. Silap haribulan bukan seorang, malah boleh mencapai jumlah yang kita sendiri tak sangka.

Jadi, sebagai panduan yang straw kita guna itu tidak akan digunakan kembali,(mungkin juga selepas 3-4 hari kita akan guna straw yang sama), setiap kali kita minum menggunakan straw, pastikan akhir sekali kita rosakkan straw tersebut. Tak kiralah dengan menggunakan apa cara sekalipun. Straw yang telah rosak pasti tidak akan direcycle kembali untuk kegunaan pelanggan seterusnya. Sekian untuk panduan kita bersama dan selamat merosakkan straw


No comments:

Post a Comment