nuffnang

22 May 2011

7 Lagu...(wut im think bout??)

Bagaimana jika seorang pembunuh menyampaikan kisah hidupnya melalui tujuh buah lagu yang digubahnya. Peguambela pula terpaksa menelusuri pemikirannya, sehingga yakin dia tidak bersalah. Susahkan mahu jadi seorang peguam...selusurilah kisah cerita 7 Lagu ini.



Sinopsis Telemovie 7 Lagu




7 Lagu,’ mengisahkan Farhan (lakonan Farid Kamil) seorang anak terbiar, selepas peninggalan ibunya, menjalani hidup penuh ranjau dan menceritakan kisah hidupnya melalui lagu-lagu ciptaannya sendiri.
Dalam perjalanan hidup yang penuh dugaan ini, Farhan telah terlibat dalam pembunuhan kekasih hatinya, Hajar (lakonan Tiz Zaqyah), serta Rayzal (lakonan Zul Ariffin). Dalam pada itu juga, Sabrina(lakonan Emelda Rosmila) seorang peguambela, yakin, Farhan berada pada lokasi dan waktu yang salah, dan cuba membebaskan Farhan.
Farid Kamil, selaku teraju utama berkata, “Cerita ini berdasarkan sebuah kisah benar, dan apabila turun ke lokasi untuk pengambaran, Khabir sendiri memberitahu arah tuju ke mana lakonan sebagai Farhan tersebut. Watak ini adalah hasil ciptaan Khabir sendiri,” bila ditanya mengenai watak Farhan, seorang psiko, dan merupakan satu watak yang baru buatnya.




7 Lagu

Farid Kamil




Farid Kamil memegang watak pemuda bernama Farhan, bekerja sebagai komposer. Seorang pendiam, pemalu, sangat meminati muzik. Dituduh membunuh Tania dan tunangnya.


Emelda Rosmila

Emelda memegang watak seorang peguam bernama Sabrina. Cuba membela Farhan dan membuktikan dia tidak bersalah.

Tiz Zaqiah memegang watak seorang penyanyi bernama Hajar/Tania. Dia popular dan cantik. Rakan sepermainan Farhan ketika belasan tahun.

Sofi Jikan memegang watak bekas pelanggan Sabrina bernama Effendi. Seorang pembunuh.

Corrie Lee memegang watak Dagu, seorang majikan kepada Farhan, semasa dia hidup merempat di jalanan.

Azhan Rani memegang watak Jalut. Menjadi musuh kepada Dagu
.
Fazley memegang watak Mansor, seorang rakan guam kepada Sabrina.

Kuza memegang watak Mak Teh, seorang ibu saudara kepada Farhan yang mati dibunuh ketika dia berusia 10 tahun.


7 Lagu

7 Lagu

7 Lagu


rumusan aku!

cite ni mcm cite banduan dalam penjara yang heboh dulu ada lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh Salem tu, Cinta Tiga Segi kan tajuk lagu dia? dalam telemovie 7 lagu ni Farhan jadi tertuduh yang didakwa membunuh.ni pon lebey kurang laa...ork?

mula2 tgk...mmg rse cm farhan mmg xsalah...pndi dia olah cite utk yakinkn peguam bela yg dia xsalah...pehh...mmg psycho giler r...klo aku jdi peguam bela tuh..takot seyh....yela...dgn faktor2 kisah silam dia..aku xsalahkn dia...

tpi biler part last...biler dia sebenarnya dalan utama...biler dia ceritakan disebalik cerita palsu dia...wahhh...hebat...mmg terer r..bunuh leh jdi hobi...isshh...nauzubillah...

tpi aku salute r kt khabir bhatia...dia nye storyline mmg mantop...daya imaginasi dia mmg best..aku mmg suke khabir bhatia nye muvee...cite dia len dri len..luar kotak..good director lah..ehehhe....ppe pon..aku suke cite nie...two thumbs up~~

dlm cite ni 7 lagu tu mmg best2...dua dinyanyikan oleh ain af8 dan lima lagu lagi dinyanyikan oleh akim af7...ni aku sertakan lagu dri ain af8 bertajuk 'tak pernah lepas' -OST 7 LAGU...enjoy~



Lirik Lagu Ain AF8 – Tak Pernah Lepas (OST 7 Lagu)
Tak ungkapkan kata dalam pertanyaan
Masih ada harap untuk dia
Tak mungkin berhenti
Ku kan mencari
Sampai bila aku ada dia
Andai ku beri cinta
Tak pernah lepas
Takkan
Andai ku ingin dia
Tak pernah lepas
Takkanku

No comments:

Post a Comment