nuffnang

05 February 2010

For all loving couples out there...

Kita sering tidak menghargai apa yang kita ada sedangkan kita belum tau apakah milik orang itu lebih baik dari milik kita. Kesalan hanya datang setelah ia hilang. oleh itu hargai la...... renung-renungkan....


satu kisah cinta biasa (pengajaran buat semua wanita)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang
muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih....lelah,
alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta
berperasaan
halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari
yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan
suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan
semua harapan
saya
terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya
kepadanya,
bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya
inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya
harapkan
aripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya
merenung
matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti,
Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu
jika Abang
memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati.. Apakah yang Abang
akan lakukan
untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar
kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang
berisi susu hangat
yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama
itu menghancurkan
hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya
dan
akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari
Abang
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang
harus
memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu,
dan membuka pintu
untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan
ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu
dan
membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang
setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk
memicit dan
mengurut
kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan
menjadi
'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan
Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang
agar ketika kita
tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
mandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya
wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati.
Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir
menangisi kematian
Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki,
mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan
diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan
Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan
Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang
sekarang sedang
berdiri
di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika
Siti tidak puas
hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang,
dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila
Siti
bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu
saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri
di depan pintu
dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan
roti kesukaan
saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih
dari
dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa
cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,
maka cinta itu
telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum
ini.

"HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....."
"KERANA...HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN
RELA BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....
SEMOGA BERBAHAGIA..."

2 comments:

  1. awk.. sy dah follow blog awk..
    sy harap awk follow sy jugak..

    sy nk kongsi rahsia bagaimana sy boleh tingkatkan follower dan trafik ke blog sy dlm masa yg singkat dengan bantuan SISTEM BLOG AUTO FOLLOW YANG HEBAT!!

    ReplyDelete
  2. dear..
    suke sgt ngan ayat azah yg ni..
    HARGAILAH SESIAPA JUA YANG MENYINTAI DIRI ANDA....."
    "KERANA...HANYA YANG MENYINTAI DIRI KITA YANG AKAN
    RELA BERKORBAN APA JUA UNTUK DIRI KITA.....
    SEMOGA BERBAHAGIA..
    betul kn..bile kite dah syg seseorang..kite akan rela berkorban ape saje asalkn dia happy dia suke..tapi mereka xpnh nk hargai kite?=(

    ReplyDelete